Khamis, 26 Februari 2015

Usah putus asa kerana wang - motivasi diri

Berikut antara langkah-langkah terutama buat mereka yang dalam keadaan hampir putus asa kerana wang:

1. Segalanya tidak mustahil
Sekiranya kita masih bernafas, tiada apa yang mustahil. Pasti kita pernah dengar kisah kejayaan usahawan yang hilang segala-galanya dan muflis, tetapi berjaya mengubah keadaan, malah mengubah kegagalan terbabit menjadi kejayaan bukan? Tidak kurang juga kisah manusia hebat kurang upaya tidak sempurna sifat, tetapi berjaya mencapai kejayaan yang lebih hebat daripada mereka yang dikatakan berupaya.
Tidak kira apa saja keadaan anda, tiada apa yang mustahil. Kegagalan kini hanyalah sekadar satu dugaan untuk menguji diri kita sendiri dan memperbaiki diri sendiri.

2. Bersabar dalam mengubah keadaan
Kejayaan bukan datang dengan tiba-tiba apatah lagi dalam keadaan kewangan yang sukar. Jangan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Memang ada juga kisah kejayaan yang menceritakan kejayaan yang datang dengan tiba-tiba, namun ia hanyalah satu antara beribu kisah kejayaan yang lain. Sekiranya kita bernasib baik, kita mungkin tergolong dalam kisah terbabit. Tetapi, jangan pula mengharapkannya.
Mengubah keadaan daripada kegagalan untuk mencapai kejayaan memerlukan kerja keras dan dedikasi yang tinggi. Masa pasti memainkan peranan yang penting dalam mengubah keadaan. Sekiranya kita mengharapkan bulan jatuh ke riba dan nasib tiba-tiba menyebelahi kita, pasti kita lebih bersedih apabila ia tidak terjadi.

3. Yakin dengan kekuatan diri
Dalam keadaan kegagalan, semestinya terasa diri kita lemah. Anda mungkin pernah menonton perlawanan badminton. Mungkin perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan. Dua jaguh badminton dunia yang amat hebat dalam permainan mereka. Teringat saya menonton perlawanan ketika Chong Wei dikalahkan Lin Dan dalam satu perlawanan sengit. Jelas terpapar di wajah Chong Wei kehampaan dan dan terasa bagai dirinya lemah. Ada juga keadaan dirinya menangis dan ditenangkan oleh jurulatih.
Bayangkan seorang jaguh badminton juga akan terasa lemah apabila gagal. Padahal, beliau jaguh yang dapat mengalahkan beribu pemain badminton lain di dunia. Apatah lagi kita yang pastinya akan rasa lemah apabila gagal.
Fikirkan gagal itu hanya sementara. Kumpulkan kekuatan yang ada untuk meyakinkan diri bahawa anda boleh keluar daripada kegagalan terbabit dan terus berusaha.

4. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain
Manusia masing-masing mempunyai rezeki yang berbeza. Sekiranya melihat orang lain kaya-raya, mungkin rezekinya di situ. Rezeki kekayaan mungkin belum tiba pada kita lagi. Tetapi, mungkin juga rezeki kita pada kesihatan. Mungkin juga rezeki kita adalah keluarga atau mungkin juga rezeki kita pada amalan yang kita lakukan.
Bersyukur dengan apa yang kita miliki dan gunakannya sebagai picu untuk berusaha dengan lebih keras. Tidak ada gunanya terasa diri kita tidak sehebat orang lain dan ini menjadikan kita lebih bersedih dan ingin berputus asa. Mana tahu, mungkin hanya pada zahir saja nampak hebat, tetapi setiap manusia mempunyai masalah sendiri.

5. Ketahui bahawa kegagalan itu penting
Kegagalan adalah guru yang amat hebat kerana kita akan ingat keadaan terbabit. Tidak akan dapat belajar erti kegagalan sebenar daripada buku melainkan kita mengalaminya. Sememangnya bak ubat, amat pahit untuk ditelan, tetapi seperti ubat juga, ia satu langkah awal untuk memulihkan keadaan.
Belajar daripada kegagalan yang dilalui. Jangan pula mengulangi perkara yang sama di masa hadapan. Fikirkan kegagalan sebagai ilmu yang amat berharga supaya anda belajar daripadanya dan tidak mengulangi kesilapan diri pada masa akan datang.

6. Dapatkan bantuan dari diri sendiri
Dapatkan bantuan dari pihak atau orang lain. Tetapi bantuan yang utama datang dari diri sendiri. Bantu diri anda untuk tidak putus asa. Cari kekuatan dalam diri sendiri untuk terus berusaha dalam mengubah keadaan. Sekiranya dibantu orang lain, tetapi diri kita sendiri tidak mahu berubah dan sering melakukan kesilapan yang sama, tidak ke mana juga.
Bantu diri untuk berfikir positif, mencari ilmu tambahan dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak putus asa dan mengubah kegagalan menjadi kejayaan. Walau apa dugaan yang menimpa, pastinya ada jalan penyelesaian!

Sememangnya perasaan ingin putus asa datang dalam diri sendiri, lebih-lebih lagi dalam keadaan kewangan yang tertekan. Semua orang menghadapi pelbagai masalah dan masalah kewangan sudah berkali-kali terjadi sebelum diri kita lagi. Ramai antaranya berjaya keluar daripada masalah terbabit. Pastinya ada juga yang terus menerus dibelenggu masalah kewangan.
Apabila dalam keadaan ingin putus asa, bak kata orang putih "Snap out of it!". Cepat-cepat keluar daripada fikiran tersebut. Memikirkan putus asa adalah pemikiran yang negatif yang seumpama virus yang terus menerus membuatkan kita risau, tertekan, takut, marah juga sedih. Ia melingkar dan membuatkan kita dalam perasaan yang semakin ingin rasa putus asa.
kredit to http://www.hmetro.com.my/node/27242

1 ulasan:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam