Rabu, 25 Mac 2015

NASI DAGANG ~ menerima tempahan~

assalamualaikum wbt

sy kini mengorak langkah... kl xbuat keputusan.. xtau bile nak maju

mengambil tempahan NASI DAGANG
dan membuat PENGHANTARAN ... 
coverage area sini je
wangsa maju.. melawati..sri rampai.. KL( tgk lokasi)


kepada sesiap yg berminat.. nak try.. nak jd agen...
tel / wassap / sms
010 5480972

jangan malu2 yer... try test dulu....

Khamis, 26 Februari 2015

Photographer ... wedding..tunang.. outdoor..etc

di sini saya ingin war-war kan kepada sesiapa 
yang mencari jurukamera (photographer)
untuk majlis perkahwinan.. pertunangan.. cukur jambul.. 
outdoor dan lain-lain

kami ada perkhidmatan tersebut
kami berada di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
contact no 010 516 2621 (iskandar)
 boleh tengok contoh gambar di FB
https://www.facebook.com/iskandarfir/about
(arjuna beta)












sekali lagi.. no telefon
010 516 2621
jangan malu-malu
jangan segan-segan

membuat gelang DIY.. sungguh mudah

kerana mood yang ade...
 saya upload cara membuat gelang.. AMAT MUDAH

peralatan yang diperlukan
gelang
jump ring
charm pelbagai jenis
playar kena ade juga..


susur atur seperti gamba di atas mengikut citarasa anda

 dengan menggunkan playar.. masukkan jump ring
dan masukkan pada gelang tadi

TARAAAA!!!...
siap... kanak2  mesti suka kan

Belajar membuat kerongsang/brooch

hari ini kita belajar membuat brooch simple
peralatan diperlukan:

1. pin baby broooch
2. flat pin
3. jump ring
4. pearl saiz 10mm dan 12mm
5. divider (saya guna buah pandora)



masukkan pearl dan divider 
seperti gambar di atas


pusing menggunakan playar (nose playar)
menjadi seperti di atas

setelah itu, cantumkan ke baby pin 
menggunakan jump ring
dan rapatkan serta kemas kan

TARAAAA!!
ini hasil nya

contoh brooch lain

mudah je kan...
https://www.facebook.com/ika.zulaikha.3956/media_set?set=a.950622904962881&type=1&pnref=story

Usah putus asa kerana wang - motivasi diri

Berikut antara langkah-langkah terutama buat mereka yang dalam keadaan hampir putus asa kerana wang:

1. Segalanya tidak mustahil
Sekiranya kita masih bernafas, tiada apa yang mustahil. Pasti kita pernah dengar kisah kejayaan usahawan yang hilang segala-galanya dan muflis, tetapi berjaya mengubah keadaan, malah mengubah kegagalan terbabit menjadi kejayaan bukan? Tidak kurang juga kisah manusia hebat kurang upaya tidak sempurna sifat, tetapi berjaya mencapai kejayaan yang lebih hebat daripada mereka yang dikatakan berupaya.
Tidak kira apa saja keadaan anda, tiada apa yang mustahil. Kegagalan kini hanyalah sekadar satu dugaan untuk menguji diri kita sendiri dan memperbaiki diri sendiri.

2. Bersabar dalam mengubah keadaan
Kejayaan bukan datang dengan tiba-tiba apatah lagi dalam keadaan kewangan yang sukar. Jangan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Memang ada juga kisah kejayaan yang menceritakan kejayaan yang datang dengan tiba-tiba, namun ia hanyalah satu antara beribu kisah kejayaan yang lain. Sekiranya kita bernasib baik, kita mungkin tergolong dalam kisah terbabit. Tetapi, jangan pula mengharapkannya.
Mengubah keadaan daripada kegagalan untuk mencapai kejayaan memerlukan kerja keras dan dedikasi yang tinggi. Masa pasti memainkan peranan yang penting dalam mengubah keadaan. Sekiranya kita mengharapkan bulan jatuh ke riba dan nasib tiba-tiba menyebelahi kita, pasti kita lebih bersedih apabila ia tidak terjadi.

3. Yakin dengan kekuatan diri
Dalam keadaan kegagalan, semestinya terasa diri kita lemah. Anda mungkin pernah menonton perlawanan badminton. Mungkin perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan. Dua jaguh badminton dunia yang amat hebat dalam permainan mereka. Teringat saya menonton perlawanan ketika Chong Wei dikalahkan Lin Dan dalam satu perlawanan sengit. Jelas terpapar di wajah Chong Wei kehampaan dan dan terasa bagai dirinya lemah. Ada juga keadaan dirinya menangis dan ditenangkan oleh jurulatih.
Bayangkan seorang jaguh badminton juga akan terasa lemah apabila gagal. Padahal, beliau jaguh yang dapat mengalahkan beribu pemain badminton lain di dunia. Apatah lagi kita yang pastinya akan rasa lemah apabila gagal.
Fikirkan gagal itu hanya sementara. Kumpulkan kekuatan yang ada untuk meyakinkan diri bahawa anda boleh keluar daripada kegagalan terbabit dan terus berusaha.

4. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain
Manusia masing-masing mempunyai rezeki yang berbeza. Sekiranya melihat orang lain kaya-raya, mungkin rezekinya di situ. Rezeki kekayaan mungkin belum tiba pada kita lagi. Tetapi, mungkin juga rezeki kita pada kesihatan. Mungkin juga rezeki kita adalah keluarga atau mungkin juga rezeki kita pada amalan yang kita lakukan.
Bersyukur dengan apa yang kita miliki dan gunakannya sebagai picu untuk berusaha dengan lebih keras. Tidak ada gunanya terasa diri kita tidak sehebat orang lain dan ini menjadikan kita lebih bersedih dan ingin berputus asa. Mana tahu, mungkin hanya pada zahir saja nampak hebat, tetapi setiap manusia mempunyai masalah sendiri.

5. Ketahui bahawa kegagalan itu penting
Kegagalan adalah guru yang amat hebat kerana kita akan ingat keadaan terbabit. Tidak akan dapat belajar erti kegagalan sebenar daripada buku melainkan kita mengalaminya. Sememangnya bak ubat, amat pahit untuk ditelan, tetapi seperti ubat juga, ia satu langkah awal untuk memulihkan keadaan.
Belajar daripada kegagalan yang dilalui. Jangan pula mengulangi perkara yang sama di masa hadapan. Fikirkan kegagalan sebagai ilmu yang amat berharga supaya anda belajar daripadanya dan tidak mengulangi kesilapan diri pada masa akan datang.

6. Dapatkan bantuan dari diri sendiri
Dapatkan bantuan dari pihak atau orang lain. Tetapi bantuan yang utama datang dari diri sendiri. Bantu diri anda untuk tidak putus asa. Cari kekuatan dalam diri sendiri untuk terus berusaha dalam mengubah keadaan. Sekiranya dibantu orang lain, tetapi diri kita sendiri tidak mahu berubah dan sering melakukan kesilapan yang sama, tidak ke mana juga.
Bantu diri untuk berfikir positif, mencari ilmu tambahan dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak putus asa dan mengubah kegagalan menjadi kejayaan. Walau apa dugaan yang menimpa, pastinya ada jalan penyelesaian!

Sememangnya perasaan ingin putus asa datang dalam diri sendiri, lebih-lebih lagi dalam keadaan kewangan yang tertekan. Semua orang menghadapi pelbagai masalah dan masalah kewangan sudah berkali-kali terjadi sebelum diri kita lagi. Ramai antaranya berjaya keluar daripada masalah terbabit. Pastinya ada juga yang terus menerus dibelenggu masalah kewangan.
Apabila dalam keadaan ingin putus asa, bak kata orang putih "Snap out of it!". Cepat-cepat keluar daripada fikiran tersebut. Memikirkan putus asa adalah pemikiran yang negatif yang seumpama virus yang terus menerus membuatkan kita risau, tertekan, takut, marah juga sedih. Ia melingkar dan membuatkan kita dalam perasaan yang semakin ingin rasa putus asa.
kredit to http://www.hmetro.com.my/node/27242

Jumaat, 6 Februari 2015

kuih bakar dan apam polkadot

assalamualaikum wbt
dah sebulan berlalu...
menguruskan anak2 kadang2 naik stress
tambah lak sekarang musim demam.. nak mc.. mmg xdpt nya
so.. untuk menghasilkan keboringan.. terjadi la kerja2 membuat kuih
setakat ni terer buat apam dengan kuih bakar je
donut masih cuba2...xlulus lagi

sedap di makan... pasti nak lagi

kuih bakar

ni kuih bakar yg saya packing letak kat kedai kawan .. gerai goreng pisang sempoi kat wangsa melawati..
kl ade yang berminat nak menempah boleh juga.. harga boleh bincang

apam polkadot

ni salah satu lagi produk saya
apam polkado.. perasa oren inti jem strawberi/sekaya

untuk tempahan ( 010 5480972 )
coverage area.. KL.. saya berada di wangsa maju





Sabtu, 10 Januari 2015

saya kembali

assalamualaikum wbt
selamat tahun baru 2015
apa azam anda?... mesti untuk lebih maju dan lebih baik dari sebelum ini

saya kembali menyinari laman blog yang dah lama bersawang.. dah naik spider dah
macam2 dalam kepala ni nak buat tahun baru ni
harap2 menjadi semuanya...